By

Tips Bagaimana Untuk Mengambil Gambar Perkahwinan Yang Hebat Pada Hari Perkahwinan Anda.


Memandangkan cuti sekolah sudah hampir bermula, maka tidak henti-hentilah kita menerima undangan majlis perkahwinan di merata tempat. Bila berbicara mengenai perkahwinan, sudah pasti setiap orang mengimpikan rumah tangga yang aman, bahagia dan berkekalan. Sudah semestinya anda mahukan majlis perkahwinan anda berjalan lancar dan anda juga sudah pasti mengimpikan gambar perkahwinan hebat dan menarik yang boleh dijadikan memori sehingga hari tua. Di sini kami ingin kongsikan bagaimana anda boleh mendapatkan gambar di sekitar majlis perkahwinan anda nampak lebih menarik dan teratur.

 

  1. Menggunakan Cahaya Matahari SemulajadiFullSizeRender (10)

Tips supaya anda mendapatkan gambar dengan kualiti terbaik ialah dengan menggunakan cahaya matahari.  Sudah terbukti kualiti cahaya matahari adalah yang terbaik untuk sesi fotografi. Elakkan untuk mengguna flash kerana flash boleh menyebabkan gambar anda nampak terlalu terang (berwarna putih), mengubah warna asal persekitaran yang anda ambil dan menjadikan warna mata anda berwarna merah. Untuk mendapatkan gambar terbaik, anda boleh menggabungkan peralatan perkahwinan anda bersama dengan alam semula jadi. Sebagai contoh di atas, jurufoto meletakkan kasut kahwin diatas rumput yang menghijau supaya nampak kesan yang lebih natural dan menarik.

 

 

2.Latarbelakang Yang Cantik Dan Sesuai

2

Ini adalah tip yang sangat penting untuk menghasilkan gambar yang berkualiti. Latar belakang yang sesuai adalah rahsia untuk menghasilkan gambar yang berkualiti dan menarik.

 

3. Momen Penting Seperti Nikah Dan Bersanding

3

4

5

Momen penting seperti nikah dan sanding wajib untuk menjadikan album perkahwinan anda nampak lebih menarik dan sempurna. Ini kerana nikah dan sanding adalah acara kemuncak bagi pasangan mempelai Untuk memastikan gambar nikah dan persandingan nampak sempurna dan menarik, jurufoto haruslah mencari sudut yang sesuai untuk memastikan gambar itu nampak sempurna dan cantik.

4. Hantaran dan Inai

9

10

6

7

8

Untuk menjadikan album perkahwinan anda nampak lebih menarik, haruslah diselitkan bersama beberapa gambar inai atau hantaran untuk melengkapkan lagi album tersebut. Ia bukan sahaja nampak menarik dan melengkapkan album kahwin tersebut, ia juga boleh dijadikan rujukan untuk pasangan yang ingin berkahwin pada masa hadapan selain boleh disimpan sebagai kenangan hingga ke hari tua. Kenangan nostalgia semasa menjadi raja sehari. Bukan sahaja memori semasa hari tua, tetapi sebagai tatapan untuk anak cucu. Untuk hantaran pula, boleh dijadikan rujukan untuk pasangan yang ingin berkahwin dimana boleh menempah kasut kahwin, bagaimana mahu menghias hantaran, bagaimana corak inai yang sesuai semasa hari perkahwinan, dan tema perkahwinan apa yang sesuai untuk yang bakal bergelar raja sehari. Itulah sedikit sebanyak tips yang dapat dikongsikan untuk post kali ini. Semoga bermanfaat untuk bakal raja sehari yang sedang membuat persiapan untuk hari perkahwinan anda yang bakal kunjung tiba.  Terima kasih . Untuk segala tempahan kasut kahwin, contoh rekaan yang telah disediakan dan sebarang pertanyaan anda boleh klik di sini.

Terima Kasih :)

 

Shoe Heaven
About me

Founder and Shoe Designer at ChristyNg.com Great love for shoes, fashion and all things beautiful.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*